Monday, October 4, 2010

Hardware Gaming Gear

Ini la antara isi perut atau hardware dalaman rig aku tahun 2010.  Hampir 90% kelengkapan gaming rig ini aku beli secara online daripada lowyat.net. Nak cerita lebih2 tentang sesuatu hardware aku tak pandai, jadi aku taip apa yang aku tau je la. selebihnya korang google la sendiri.



Processor Intel Core i5-750
4 cores /4 threads, Cache 8MB, Standard Clock Speed 2.66 Ghz.  Aku telah berjaya Overclock Speed ke 4.10 Ghz. Memang ini la  target speed yang aku nak. Sebelum tu banyak forum aku rujuk untuk dapatkan speed yang sesuai untuk rig ni. Processer ini aku beli secara online RM640
Thermalright Venomous X CPU Cooler
CPU Cooler ni beli bersama2 Processer Intel i5 jadi dapat la murah sikit RM270. Digabungkan bersama Xigmatek XLF 120mm Fan-F1254 (2Unit) kiri kanan. Puas hati dengan keupayaan cooler ni. Full load dalam 45'c-50'c je. ok sangat2. 2 biji lagi fan xigmatek aku gunakan utk mengawal haba hardware Veris & Fan controller yg berada dibahagian depan HAF932

 Motherboard MSI P55 GD65
Socket 1156, ada 2 PCI-E tu yg best sbb boleh letak 2 grafik kad, Maximum Ram 16 GB DDR3,aku cuma mampu pakai 4GB je,cukup dah tu. Memori speed boleh menampung sehingga DDR3-2133 (OC), 2000 (OC)/ 1800 (OC)/ 1600 (OC)/ 1333/1066MHz.  Aku cuma OC sehingga 1600Mhz je, takut nak push tinggi2. Ni pun dah kira tersangat tinggi jika dibandingkan sebelum ni Speed RAM aku cuma  2GB 677Mhz + Pentium 4 3.00Ghz. Beli secara online RM545.



Corsair Dominator RAM Cooler
Cooler Fan untuk menyejukkan RAM aku yg 2 batang tu. kelajuan 3 kipas ni aku dapat kawal dengan menggunakan Fan Controller yang berada dibahagian depan casing cooler master. Cooler ni penting sebab aku dah push kelajuan/kemampuan ram daripada keadaan asal bagi memastikan ram ni tak terlalu panas. Aku dapat dengan harga RM80 online.

 Power supply Gigabyte Odin Pro 800 Watt
Mantap power supply ni cantik pulak tu, siap ada 140mm fan untuk mengawal kepanasan haba.Agak berat daripada power supply biasa. Aku pilih jenis modular ni sebab mudah untuk buat kabel management tak la nampak berserabut sangat bahagian dalam casing. Aku pilih yang berkuasa tinggi sikit walaupun Power supply True Power 550Watt sudah mencukupi untuk rig aku ni. Tapi takpa sebab mana tahu kemudian hari teringin lagi nak tambah2 hardware.Beli secara online RM500

 Grafik Card XFX ATI Radeon HD5870 1GB
 DirectX 11, Eyefinity, And Serious Speed. Aku memang peminat ATI. Sebelum ni aku pernah guna HD3870 beli tahun 2007, beli time tu semata-mata nak main game Grid. Tapi GC ni dah tak dapat nak digunakan. Mungkin dah sampai ajal dia kot. dan Sekarang aku telah upgrade ke XFX HD5870. Grid, Drirt 2, Crysis 2, Call Of Duty 4, Devil May Cry 4, PES2011 semua aku boleh set ke high setting. Grafik memang cantik sangat2. Ni merupakan item termahal yg aku beli RM1300.00 online. Dua tahun lagi kalu nak upgrade grafik kad ni sebab aku rasa setahun dua ni GC ni masih mampu untuk menampung kehadiran game2 terbaru



Hard Disk Drive HDD
Aku peminat setia Hard Disk Drive Seagate, sebelum ni aku pernah pakai jenama Western Digital, Maxtor, kerapkali maxtor banyak buat hal seperti kerap hang dan bunyi bising. Jenis yang bertahan lama adalah Seagate dan banyak review daripada pembacaan aku mengatakan HDD yang terbaik sekarang adalah jenis Seagate dan Western Digital, daripada pengalaman aku setuju dengan pendapat tu. Untuk rig ni aku letakan 5 ketul HDD tapi cuma 4 ketul aku aktifkan, lagi sebiji biasanya aku jadikan external. Antaranya Seagate 1TB, Seagate 750GB, Seagate 500GB, Seagate 120GB dan Seagate 80GB. Ni kira lebih daripada cukup ni, sebelum ni 500GB pun dah memadai tapi aku terpengaruh dengan satu thread kat lowyat forumer tu jual HDD Seagate 1TB RM170 dan 750GB RM120 sahaja termasuk kos penghantaran. Apa lagi aku rembat terus 1TB + 750GB sebab barang diposkan dahulu kemudian bila barang dah diterima baru buat pembayaran. Ada jugak penjual macam ni.







aa

No comments:

Post a Comment